Friday, June 3, 2011

0 annasr



Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih
Apabila tiba pertolongan Allah dan kemenangan (menakluk Makkah).
Dan engkau lihat munusia masuk ke dalam agama Allah sepuak demi
sepuak.
Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan pohonlah
keampunan-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat (hamba-
Nya).                                                                                 
                                                                                                Annasr:1-3

Surah yang pendek ini membawa berita gembira kepada Rasulullah
SAW iaitu berita ketibaan pertolongan daripada Allah dan kemenangan
menakluk negeri Makkah dan sambutan manusia yang berduyun-duyun
memeluk agama Allah, di samping memberi arahan kepada Rasulullah SAW
supaya bertawajjuh kepada Allah dengan tasbih, tahmid dan istighfar ketika
terlaksana berita-berita yang menggembirakan itu. Di samping itu surah ini
juga sekaligus mendedahkan tabi'at dan hakikat agama Islam dan sejauh
mana cita-cita perjuangannya mahu membawa manusia kepada ketinggian,
kemuliaan, keikhlasan, kebebasan dan kemerdekaan iaitu kemuncak
matlamat yang tidak dapat dicapai manusia melainkan di bawah naungan
Islam.

Kami telah diceritakan oleh Muhammad ibn Abi 'Adi, daripada Daud,
daripada ash-Sha'bi daripada Masruq katanya: A'isyah telah bercerita bahawa
Rasulullah SAW di akhir-akhir kegiatannya banyak berzikir dengan: subha
nallahi wa bihamdihi, astagh firullaha wa atubu ilaih. Dan beliau telah
bersabda; "Tuhanku telah memberitahu kepadaku bahawa aku akan melihat
satu alamat pada umatku dan Ia memerintah kepadaku apabila aku melihat
alamat itu supaya aku bertasbih, bertahmid dan beristighfar kepada-Nya.
Sesungguhnya Allah itu Maha Penerima Taubat," dan aku telah pun melihat
alamat itu iaitu: Iza ja asnasrullahi wal fath ... hingga akhir surah.
(Hadith ini juga telah diriwayatkan oleh Muslim melalui Daud Ibn Abi Hind
dengan nas ini).
                                                                                  riwayat imam ahmad

Qabilah-qabilah Arab memang menunggu-nunggu
kemenangan Rasulullah SAW menakluk Makkah untuk memeluk agama
Islam. Mereka berkata; "Jika ia (Muhammad) dapat menundukkan kaumnya,
maka itulah tanda ia seorang Nabi." Oleh itu apabila Allah memberi
kemenangan kepadanya menakluk Makkah, mereka pun memeluk agama
Allah sepuak demi sepuak. Dalam masa tidak sampai dua tahun selepas itu
seluruh Semenanjung Arab beriman kepada agama Allah. Tiada qabilah Arab
melainkan semuanya mengisytiharkan keislaman mereka.

org arab doubt sgt...
Allah bagi kmnangan terus..malu jek diorg.. huhu

Sterusnya umar tlah masukkan Ibn Abbas ke dlm tokoh2 tua perang badar so ade r antre mreka yg xstuju tp... 1hari umar tye pada shbt laen ape yg diorg phm psl surah annasr? diorg jwb r kte kene btasbih utk menang
literally meaning
tp abbas pye jwpn...
"Itulah ajal Rasulullah SAW yang diberitahu Allah kepadanya. Firman Allah;
"Apabila tiba pertolongan Allah dan kemenangan" maka itulah alamat ajal
engkau, oleh itu hendaklah engkau bertasbih dengan memuji Tuhanmu dan
beristighfar memohon keampunan-Nya, sesungguhnya Dia Maha Penerima
taubat (hamba-Nya)."
 huuh
 AJAL NABI...!!!!!!!
bile islam menang
mksudnya tugas nabi dh setel
so mksudny
ajal die dh tibe
Mungkinlah kepada Rasulullah SAW apabila ia melihat alamat
daripada Tuhannya ia terus faham bahawa, tugasnya di bumi telah pun
selesai dan dia tidak lama lagi akan menemui Tuhannya. Inilah maksud Ibn
'Abbas; "Itulah ajal Rasulullah SAW yang diberitahu Allah kepadanya."

Walau bagaimanapun, di sana terdapat suatu hadith lagi yang
diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Bayhaqi dengan sanadnya daripada Ibn 'Abbas
juga katanya; "Sebaik sahaja turun "Iza ja anas rullahi wal fath" Rasulullah
SAW terus memanggil Fatimah dan berkata: "Sesungguhnya ayahanda telah
diberitahu tentang kematian ayahanda," lalu Fatimah menangis kemudian dia
ketawa sambil berkata: "Ia menceritakan kepadaku bahawa ia telah
diberitahu tentang kematiannya, kerana itulah aku menangis, kemudian ia
berkata pula: 'Sabarlah anakanda, kerana engkau anggota keluarga ayahanda
yang pertama yang akan mengikuti ayahanda,' kerana itulah aku ketawa."

 hmm.. semoge kte mengikut jejak Fatimah

Apabila tiba pertolongan Allah dan kemenangan (menakluk Makkah).
iaitu pertolongan dan kemenangan itu adalah datang daripada Allah pada
masa yang ditentukan-Nya dan dalam bentuk yang dikehendaki-Nya,
sedangkan Nabi dan para sahabatnya tidak mempunyai apa-apa peranan
dalam kemenangan itu. Ia merupakan urusan Allah semata-mata yang
dilaksanakan-Nya dengan mereka atau tanpa mereka. Cukuplah Allah
melaksanakan kemenangan urusan agama-Nya melalui mereka dan melantik
mereka selaku pengawal dan pemegang amanah agama-Nya. Inilah
keseluruhan peranan mereka dalam mencapai kemenangan dan dalam
sambutan orang ramai menerima agama Allah, kerana itu dalam menghadapi
penghormatan Allah yang melaksanakan kemenangan itu, mereka
berkewajipan bertasbih, bertahmid dan beristighfar .

Bertasbih dan bertahmid atas ni'mat Allah yang telah menjadikan
mereka sebagai pemegang amanah dan pembela agama-Nya, juga atas
rahmat Allah ke atas seluruh umat manusia dengan mengurniakan
kemenangan kepada agama-Nya, kemenangan kepada Rasul-Nya menakluk
Makkah dan sambutan besar-besaran daripada orang ramai memeluk agama-
Nya yang penuh kebajikan itu setelah sekian lama mereka berada dalam
keadaan buta, sesat dan rugi.
Beristighfar terhadap berbagai-bagai perasaan dan pengalaman jiwa
iaitu beristighfar terhadap perasaan bangga dan sombong yang berkecamuk
dalam hati pada saat-saat mabuk kemenangan setelah sekian lama berjuang.
Perasaan yang sedemikian memang sukar dikawal dalam hati manusia
kerana itulah mereka perlu beristighfar.

perasaan tidak sabar, perasaan terkilan, kerana lambatnya Allah menunaikan
janji memberi bantuan dan pertolongan, perasaan gentar dan goncang, iaitu
perasaan-perasaan yang mungkin dialami dalam saat-saat menghadapi
perjuangan yang lama, kepenatan dan kesukaran sebagaimana yang telah
digambarkan oleh Allah dalam surah yang lain.

"Adakah kamu mengira bahawa kamu akan memasuki Syurga,
sedangkan kamu belum menerima dugaan seperti orang-orang Mu'min
yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kesusahan dan
kesengsaraan dan mereka telah digoncangkan (dengan berbagai-bagai
ujian) sehingga Rasul dan orang-orang Mu'min yang ada bersama pernah
bersungut. 'Bilakah tibanya (pertolongan) daripada Allah?' (Lalu dijawab):
'Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat'."
(Al-Baqarah)

surah annasr ni sgt dekat ngn kte die psl matlamat kte kn
iaitu nk Islam menang nk islam jd UA
soooo
kte kene ikut r ayat ke3 tu
HAH AKHAWAT SEKALIAN???!!!! kte nk ngalah ke???
x kn...
iA kte nk jd mcm shbt2 nabi yg masih terus strong tegakkan islam walaupun nabi dh xde

smuga brmanfaat! :)

0 comments:

Post a Comment

 

Kulsem Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates