Thursday, December 15, 2011

0 tarbiyah nabi musa




alhamdulillah
hari ni saya nak share kisah nabi musa

saya nak share kisah nabi musa sbb
smlm sya tlng mak saya buat satu kuih tradisional ni..
doh dia amat melekit
mls nak crita proses dia tang mana
tp, last last kuih tu jd bntuk yg cantik..
hmm..apa kaitan dia?

kta di jln tarbiah
banyak cbrn
baik dri dlm diri dan skeliling
mcm doh melekit yg td
susah nak buat
bentuk dia
kadang2 tak jd
n buat saya frust melampau
huh

anyway
kisah nabi musa yg sya nak crita ni
tntng kisah baginda sblm brdakwah kpd firaun
mula2 tu Allah bg wahyu kt Nabi Musa kt sebuah tmpt kan?
msa nabi musa tgh cari api
surah al-qasas ayat 29,30.31

kat ayat 31
dan lemparkanlah tongkatmu. Maka tatkala (tongkat itu menjadi ular dan) Musa melihatnya bergerak-gerak seolah-olah dia seekor ular yang gesit, larilah ia berbalik ke belakang tanpa menoleh. (Kemudian Musa diseru): "Hai Musa datanglah kepada-Ku dan janganlah kamu takut. Se- sungguhnya kamu termasuk orang-orang yang aman.

klu tengok ayat ni kan
bla ular tu kluar
nabi musa terus lari tak toleh g..
tp Allah pujuk baginda
no worry
nak kata nye
ni adalah perjalanan tarbiah Nabi Musa
seorang manusia gak
mcm kta
ada juga rasa takut
tp Allah uji lps tu bmbing dia untuk bina
sifat tawakal nabi Musa pd Allah
rasanya Allah layan kita sama je kan
trpulang ah kat kita untuk trima atau tak

ok sambung crita nabi musa dulu
wlaupun kita bukan nabi pun
ada je Allah try comfort kta
tengok surah taha ayat 66,67,68,69
Nabi Musa menjawab: "Bahkan kamulah campak dahulu". Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka.
Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya.
Kami berfirman kepadanya: "Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan.
(20:66-68)

saya nak emphasize kat ayat 67 and 68
Nabi Musa rasa takut blanampak ular2 pesihir firaun
tp baginda tak lari g
n kat sini kemajuan tarbiah nabiMusa
keyakinan baginda dah meningkat satu level
di mana baginda tak lari g
ni ah spttnya tabiat tarbiah
sentiasa meningkat

n then sla tengok surah as-syuara
ayat ke 60, 61 and 62
Maka Fir'aun dan bala tentaranya dapat menyusuli mereka di waktu matahari terbit.(60)
Maka setelah kedua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa: "Sesungguhnya kita benar-benar akan tersusul."(61)Musa menjawab: "Sekali-kali tidak akan tersusul; sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku."(62)

terutamanya 62
lihatlah betapa yakinnnya nabi musa
subhanallah
dalam keadaan firaun kejar
detik yg amat cemas sampai pengikut baginda kata kita
sure kita kna kejar nih
tpnabi musa kata
Allah ada denganku

reflection
dah brapa lama kita di jalan tarbiah ni
n mcm mana tinggi keyakinan kita pada Allah
yg sememangnya sentiasa ada di sisi kita
tp bla kita buat kerja
ada tak kita rasa Allah ada kt sisi kita
adakah keyakinan kita terus meningkat mcm nabi musa?
kita maybe akan  ambil alasan
nabi musa nabi
tp lihat lah bukti persamaan nabi musa dengan kita
ada rasa takut ,cuak, bimbang,kurang yakin
semua tu ada pada baginda
sama cm kita

nak kaitkn juga
dengan condition kita masa cuti ni
kta slalu buat alasan(trmasuk diri ini, thank u)
realiti dunia yg penuh kebatilan
buat kita down
sbb kita  tak cukup percaya
tak cukup merasa
Allah ada kat ss kita
dush..kna diri sendiri..huhu..

tp,akhwat yg dikasihi
walaupun kita jauh antara 1 sama laIn
tetap ada satu yg masih sama
ALLAH ada kat sisi kita
binala bonding dengan ALLAH msa ni
msa kita lemah n x berdaaya
hrp kita sntiasa bersabar
berada di samping ALLAH
dlm setiap cbrn realiti yg penuh batil dan sementara

kita pasti akan tersalah jalan, terhantuk sana, terhantuk sini..
tp, hidup dgn memegang lampu suluh (iman), pasti tidak akn tersesat jalan :)
kdg2 lampu suluh trjatuh,
xkn kita nak biar je, x cari blek lampu suluh kita n biarkn diri trus trsesat huhu..

Wednesday, December 14, 2011

0 Acheh



Assalamualaikum
Hari ni saya insyaAllah bagi
cerita pasal acheh
ok first thing
alhmdulillah, alhamdulillah,alhamdulillah
dapat bernafas lagi kita hari ini
Allah masih beri peluang untuk jadi hamba Dia
Pada saya, walau seteruk mana pun dosa yang kita buat, Allah tetap tak tarik nikmat dia
Alhamdulillah

Bersyukurlah kita pada hari ni, dan bertaubatlah kita terhadap dosa kita semalam.

saya mulakan cerita dari acheh ok?
hermm.
mana nak mula eh...
okay, kita ikut by hari la eh.

Okay, basically 1st day tu departure day
 so rasanya tak ada apa2 sangat la
sebenarnya, kitorang kat sana duduk kat hotel
so hari pertama tu, check in kat hotel
first time masuk je, FUYOH
besarnya bilik ni..
macam ala-ala hotel berbintang-bintang
lebih daripada yang saya expect
so saya pun fikir la
macam tak rasa membantu orang la sebab kita tak rasa mcm mana kesusahan diorang  ni
so everything has settled on the first day
and then pegi makan and rest.

2nd day:
pegi la panti asuhan nurul huda
dan pandangan yang pertama menyambut kedatangan kami ialah
ada satu tulisan kat dinding dia "Pakailah pakaian yang Islam, kecuali anda bukan Islam"
SENTAP HABIS
lepas tu mula lah kena jumpa dengan bapak and ummi diorang kat panti tu untuk discuss activity yang kitorang akan jalankan
and then kitorang buat opening ceremony
MasyaAllah
waktu tu sebenarnya kami tak kenal lagi adik2 ni macam mana
rupa-rupanya mereka ni memang menjaga
antara laki dgn perempuan
lepas habis tu la..
kami sembang2 dgn ummi tu
nak katanya diorang menjaga ni, sampai kat surau tu, budak perempuan ni tak nak ke depan bila kita ajak mereka ke depan
rasa sangat malu kat situ
sangat... (emo)
lepas habis tu, ummi tu tegur la
kalau bagi diorang, perempuan pakai seluar tu tak boleh
tak manis
mcm haram pun ada gak kat tempat tu
kat panti asuhan tu la
kat situ memang semua orang pakai kain
lepas tu memang sentap habis la
so memang pengajaran yang besar sebenarnya pada hari kedua

3rd day tu
kitorang split
ada yang pegi beli barang
ada yang pegi panti asuhan
saya pegi panti asuhan.
kemas satu bilik ni untuk dijadikan mini library
so dah habis kemas2 tu
saya pun sembang2 dengan budak2 panti
ada banyak masa nak tunggu diorang yang pegi beli barang ni balik.
main game sama2
diorang ni pandai sebenarnya
diorang suka english
diorang pun pergi sekolah jugak
seronok lah.
rasa mcm nak duduk situ sebab diorang ni mcm relax je
tenang je
bila tanya nak jadi apa
semua nak jadi ustazah
waaaaahhhh
and satu lagi memang diorang belajar quran lepas balik dari sekolah
rata-rata kalau tanya
mesti cakap nak jadi ustazah
kalau tanya tak nak ke jadi doktor?
lepas tu diorang cakap benda tu susah la
sebab diorang ni belajar tak tinggi

lepas tu ada banyak masa lagi
so sembang dngan ummi tu
ummi ni dulu dia belajar kar universiti sebelum kahwin dengan pak darmanshah
dia cerita la masa kat universiti tu
[dia tak tau la tujuan hidup dia
asyik berpeleseran je
lepas tu dia kata kat u tak ada perkara yang kearah akhirat
maksudnya kat u banyak la benda2 yang sosial ni
mcm pergaulan bebas
orang tak kesah pon
tu pun cerita before acheh kena tsunami
ummi tu cakap acheh before tsunami macam kat bali
banyak sangat maksiat
so macam ter reflek kat negara sendiri
saya rasa malaysia ni selesa sangat
tak pernah ada sesuatu yang betul2 hit malaysia
but rather Allah bagi sign kat negara orang, sebagai peringatan kat malaysia
saya takut sangat kalaulah kita ni sombong sangat
 Ummi tu sangat hebat la
lepas tsunami tu, dia rasa apa yang dia buat kat u tu useless

lepas tu ummi cakap la, kat panti tu
ada je budak yang tak nak pegi sekolah
nak belajar quran je
in a way, memnglah kita rasa macam tak patut diorang buat macam tu
ummi cakap diorang, once dah dapat ilmu yang straight datang dari Allah,
diorang dah tak nak cari ilmu lain
macam betapa seronoknya diorang belajar quran
diorang banyak menghafal
rasa macam T_____________T
bezanya diorang dengan aku

lepas tu masa sy sembang dengan adik2 ni
saya tanyalah pendapat diorang waktu kitorang punya opening ceremony tu
lepas tu diorang cakap 'macam tu nggak bisa'
T_______________T
kalau diorang ckp dgn laki pun mmg yang penting2 je
makan pun time/tempat beza2
bgusnye, biah solehah tu <3

4th day basically is working day
so mcm takda contact sgt dgn diorang
sy bz buat mini library tu

waktu closing ceremony
ada ustaz kat panti asuhan tu bagi ucapan penutup la kan
rasa macam dengar khutbah jumaat
nak nangis pun ada
T__T
dia ingatkan kita tentang mati
dia kata laa
abang2 kakak2 kita lihat suka berpacaran sekarang
nggak tahu nyawanya bakal dicabut
pergh
sentap gila
lepas tu dia cakap,
‎"Jika jasad dilukai maka insyaAllah ada harapannya untuk sembuh, Jika hati dilukai mana mahu mencari ubatnya." _Tengku Am_
mantap gila

walaupun sekejap
lepas tu memang sedih sgt la nak berpisah dgn adik2 ni
tp mcm ada rasa ikatan tu
ikatan fillah
lepas tu ada seorang adik ni give her brooch to me and say 'saya nggak ada apa2 nak dibagi sama kakak'
T_____T
wuwuwu
lepas tu diorang nangis2

5th day
was sightseeing day
tgk kapal tersadai atas rumah
kapal tersadai kat tengah2 bandar
ingat kilang kat tgh2 bandar
rupanya kapal
betapa besarnya penangan tsunami tu
its about 10 km from pantai
tsunami tolak kapal tu
perghh
tenganga mulut
lepas tu pegi masjid baiturrahman
budak laki solat jumaat
dahsyat la masjid tu
bila ada kat situ, tengok kiri kanan
dulu kan kosong
tapi sekarang semua benda dah ada balik
macam tak boleh nak bayang macam mana kosongnya tempat tu dulu
memang Allah ni Maha Besar la
mksdnye msjid tu x rosak la time tsunami
subhanallah!
mmg kuasa Allah an
kun fayakun!

 lepas tu kalau perjalanan dari hotel ke panti, kitorang akan lalu kubur besar tu
kat situ ada satu replika wave lepas tu dia tulis kun fayakun kat situ
time tsunami kan ada diorang kuburkan org2 yang meninggal kat dalam satu kubur
cuba bayangkan ada 280000 org yang terkorban
mcm mana nak kuburkan?
sebab tu ada kubur besar tu
2 tempat

Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penerangan, dan contoh-contoh dari orang-orang yang terdahulu sebelum kamu dan pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (24:34)

Monday, December 12, 2011

0 be grateful




so insyaAllah, kita mulakan kulsem pg ni dgn bacaan ummul furqan, alfatihah
bersaksikan hujan yg mencurah-curah kat luar tu (kat sini dah 3 hari hujan)
sama sama kita betulkan niat (terutama diri sendiri) kenapa kita berada di kulsem alam maya ni
insyaAllah semata mata nak mencari keredhaan Allah, yg dirasakan sgt susah bila dkt rumah (mind set sy rasa), sebab iman memang selalu jatuhhhh je (na'uzubillah) moga ada part yg naik sebenarnya insyaAllah
sebab kita tahu hidup kat dunia ni kalau bukan kerana nak menuju Dia, maka memang sia sia
 (ni serius nak mengingatkan diri sendiri semula)

dan untuk itu, jom
bukak loveletter (semua ada lovelettr dpn mata kan?)

nak share, surah Saba', surah ke 34
ayat 10 hingga 13

Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud", dan Kami telah melunakkan besi untuknya,(10) 
(yaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya; dan kerjakanlah amalan yang saleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.(11) 
Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu sore sama dengan perjalanan sebulan (pula) dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. (12)   
Para jin itu membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang (besarnya) seperti kolam dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur (kepada Allah). Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang berterima kasih.(13)

tengok ayat- ayat tu, mula-mula sy rasa takde pape pun
Allah cerita kisah nadi Daud dan Sulaiman
yang mana Allah anugerahkan maca macam nikmat, kurnia
yg tak terfikir dek akal kita sekarang

tapi sebenarnya, bila fikir balik.. sy rasa reliable je untuk reflect diri kita, sebab sebenarnya kita pun dah diberi terlalu banyak nikmat dan kurnia oleh Dia selama niii

and bila sampai kat ayat 13 tu, sy sentapp
Allah cakap
dan BEKERJALAH wahai keluarga Daud untuk BERSYUKUR (kepadaKu)
dan sedikit sekali hamba hambaKu yg bersyukur
Allah suruh nabi2 tu bekerja semata mata untuk bersyukur kpd Dia, sebab Dia dah bagi mcm2 kat diorang
dan memang Allah ckp sedikit je hamba-hamba Dia yg bersyukur
seolah olah Allah nak bagitahu kat sy dan sahabat semua insyaAllah, 'kan Aku dah bagi macam2 kat korang? tak reti2 nak bersyukur lagi? buatlah kerja, bersyukur lah dgn apa yg Aku dah bagi!" huu, bunyi mcm harsh kan
yg last tu, Allah dah ckp memang sikit je yg bersyukur, tak nak kah kita jadi salah seorang dri golongan yg sedikit tu? (pertanyaan untuk diri sendiri)

huu, nak share lg sikit
semalam sy ngan family keluar, gi shopping complex .masyaAllah, sakit dada kepala telinga mata segala, dgn konsert nyanyian tarian gelagat badut dan etc, yg mereflectkan kpd sy bahawa ni lah REALITI yg sebenar!
dan sebab tu, Allah suruh kita bekerja!
kerja terlalu banyakkkk dkt luar ni, (wlupun kita rasa kat dalam kolej dah cukup byk)
memang betul pun kolej tu fantasi, dan hakikat yg kita kena terima, kita akan tinggalkan kolej lagi 1 sem jeee
ni masa yg ALlah bagi untuk practise kita berada di luar biah kolej (yg sy rasa sgtlah susah sebab iman asyikk jatuuuh huhu)
tapi betul, keluarlah. tengok sendiri dgn mata kepala masalah umat, insyaAllah akan menaikkan kembalai kita. sebab bila tengok diorang, mula mula rasa macam nak marah je, tapi hakikatnya, diorang belum dapat hidayah yg insyaAllah alhamdulillah kita dah dapat
n hidayah tu memang Allah yang bagi, tapi kita kena bekerja, berusaha menyampaikannya

dulu, kalau nabi saw asyikk marah je tengok umat yg macam apa(tapi tak bekerja utk menyampaikan) mesti kita pun tak dapat hidayah ni, :(

wahai diri sendiri dan akhawat sekalian, ingatlah, betapa banyak nikmat yg dh Allah bagi kat kita (dapat bangun hari ni, sihat, masa lapang, family, xkebulur mcm org kat tmpat lain, penglihatan pendengaran, n etc. dan yg paling utama dan penting sekali, nikmat IMAN dan ISLAM ni, huu.. terlalu banyak)
tak cukupkah lagi semua tu untuk menggerakkan kita berkerja semana-mata kerana Dia sebab kita nak persembahkan rasa syukur kita pdNya? xnakkah kita jadi salah seorang dari golongan yang sedikit tu?

hmm quoted from seseorang
klu arini, kte g kat remaje2 yg melepak2 tu
klu kte tye die
APE ITU AKIDAH???
mostly akan ckp
hmm pernah dgr pernah dgr
dulu kt sekolah ade  belajar
hmm ade la dulu ustaz pernah sebut..
ape nk jadi dgn pemuda skg???
sdg si kuffar terus2 menyerang pemikiran kite
kite duduk relax
mksudnye
xramai yg paham
apakah akidah tu yg sbnrnye..
n manusia skg,
ebey takut klu xdpt makan
exam xscore
takut klu xde transport balik rumah
or
other simple things

sedangkan xde rase takut pun
klu xkenal Allah tu betul2

perbualan seharian kite
semuanye berkisar psl kehidupan
 harga b arang naik
borak psl jiran2
"ko pakai fon brand ape?
"ko bekfes ape pg td?"

tp jrg org borakkan
hal2 tentang akidah
n klu ade la
org borak psl akidah kt warung2 kopi pg2 cmni
mesti org pandang pelik..
huhu

manusia terlalu nampak dunia
sedangkan die lupe ape yg akan berlaku nnt
yg pasti berlaku
bile malaikat tye
MAA ROBBUKA
xsemua org amek kesah
sedangkan jwpn utk soalan itu xley dihafal
tp akan dijawab sesuay dgn keadaan amalan kite kt dunie
hmmmm  (sweat)

Saturday, December 10, 2011

0 Ibadurrahman




Nk share psl stu artikel yg sggh meruntun jiwwa
dy ckp psl ibadurrahman
sblm tu ade terbaca quote
‘kte kene hidup dlm kehidupan and menjadi ibadurrahman ni la yg akan membuat kte hidup dlm kehidupan :)
 
blh rujuk ayat 51:56 yg insyaAllah anda sume dh hafal tu :)
ibadurrahman ni kan hamba Allah yg Maha Pengasih
hamba kan abid
abid pekerjaan dy adalah melakukan ibadah :)
so ibadurrahman ialah org yg berusaha menjadikan setiap apa yg dilakukan sbg satu ibadah selagi tidak melanggar syariat :)
so, nk jadikan kehidupan kte bermakna, sentiasalah b'ibadah :)

mcm bile fikir2 blk kan
mmg kte selalu ckp kt kwn2 and hadek2
yg bkn solat tu je ibadah, bkn zikir je, bkn puasa je
tapi ape yg kte wt dlm aktiviti harian
mcm bile kat umh ni salu rse diri mcm loser je
ape je yg ak wat harini,
so, utk memaksimumkan kapasiti seorang ibadurrahman,
niatkan ap yg kte buat tu sbg satu ibadah
barulah kte memaknakan kehidupan :)

kdg2 selalu je mcm
cth eh, sidai baju, basuh baju gosok baju sume
lame kan..
so mcm amat rugi la kte klu tak amek masa tu n jadikan ia sbg satu ibadah
mcm mne nk jadikan iibadah
klu sy, cuba niatkan sbb nk tlg mak sbb ap, sbb Allah yg suruh
common kan, (tp sy bru je discover the true meaning of ibadurrahman)
barulah kte lbh bersemangat
xde la rse diri ni amat loser
and hidup kte ni sgtlah singkat utk kte tak manfaatkan setiap perkara yg kte buat tu bkn sbg ibadah

hmm, tu lah, rasanya klu kte sedar yg kte ni abid kpd Allah yg Maha Pengasih, insyaAllah setiap detik masa yg Allah bg tu takkan kte sia-siakna
kan kan kan....
cube tgk ayat 9:105

amek makna dy
"bekerjalah kamu, sungguh Allah melihat pekerjaanmu"

itu pn sdh ckp membuktikan bhw setiap pekerjaan atau ape2 yg kte buat ni amatla di pndg Allah
so gunekan la masa yg 63 thn (insyaAllah) utk kejar infiniti a.k.a matlamat kite sume :)

... ibadurrahman is a whole new thing
sifat seorang murabbi tu akan tempias jugak ye kpd mad'u die.
mksdnye bile kite kate org 2 mcm ni
org2 yg dkat dgn org 2 msti somehow ade prangai yg lebih krg same

so cne nk apply?
kait dgn ibadurrahman td
hamba Tuhan yang Maha Pengasih
Allah Maha PEngasih, so kte as hamba yg dekat dengan Dia mesti jd plus minus pengasih jgak (wlpn pengasih Allah tiada tndingan)
berkasih sayang dgn org walaupun errr ...rasa payah?

surah al furqan (25:63- smpai abis)
is ciri2 ibadurrahman 2
Allah explaning the ciri2 yg kite ptot ade

byk ciri2 yg d trgkan
rendah hati
mngucapkan perkataan yg baik wlaupun diejek/dihina/dikutuk/dingumpat
mghabiskan wktu mlm utk beribadat
berdoa pd Allah
menginfaqkan harta mengikut kemampuan
x syirik,xlggr peraturan Allah
n sume2 bnde 2 la kan

kirenye kite ni
bile kite rapat dgn seseorg 2
kite somehow akn terikut2 prangai org 2
[so inilah kesan bile kite ni rapat dgn Allah
slalu spend time dgn Dia
kita akan terikut2 sifat Allah 2
jd kite ni akan sentiasa buat yg terbaik
mknanya sifat ibadurrahman ni boleh duplicate and undergoes mitosis la
hahah
sorang boleh meramaikan yg lain..
kirenye prangai kite ni akan berubah
mmg dgn sndirinya
bile kite dkat dgn Allah

dan balasan utk org2 mcm 2 is syurga yg kekal abadi
tp pastu Allah tnye
yg lastttttttttt skli 2
Allah xkan pndg kite jike bkn sbb ibadat kite

tp kite sndiri?
mcm mana ibadat kite pd Dia?
so kene reflect blk seluruh kehidupan kita
sbb ibadat 2 sndiri ade 2 ciri kan?
1. niat yg betol
2. ikut syariat

 jd niat ni kene phm btol2
hadis 1 kan
niat ni bkn tampalan
tp niat ni kena dibina
ia pon 1 proses
sbb susah kan kite nk teros2 niat krn Allah 2
tp kite try utk sucikan niat kite seluruhnya krn Allah

 cnth: mk suruh jemur kain
so smbl jemur kain btolkan o jemor kain krn Allah
itu somehow tampalan la
tp niat yg purely krn Allah
kite sndiri g amek bj n basuh n jemur
buat tnpe d suruh
sbb nk jdkan ibadat pd Allah
so bile niat kite 2 mmg terlahir dr Allah dan hnye utk Allah
kite insyaAllah akan menuju kearah Dia
n once niat kite ni mmg suci krn Allah shj
bkn d tampal2
kite xkan mudah menyerah bile dtg ujian

cnth: kite join d&t krn Allah
so kite ni xkan mudah menyeraj
mknanya bila kita btl2 dekat ngan Allah, niat buat semua benda sebab Allah tu akan lahir sendiri?
bile famly hlg/ade xm/ade test/ade org2 berckp2 psal kite/bile admin band
kite akan try bersgguh2 utk wat jugak
utk teroskan jugak
sbb kite buat mmg solely krn Allah
niat ni kite bole usahakan tp along the way kite wat sgale ibadah 2 kite akan btolkan n luruskan niat kite
kire niat 2 xdela kite tgu je die dtg sndiri
urm mmg la awl2 ni somehow die tampalan kan
tp kite bole sntiasa try utk bina

cnth: mcm nabi mase awal zaman mekah
 mase awal2 die nk sebarkan islam
 baginda d uji dgn mcm2 halangan kan
umat islam kena seksa
ditawarkan harta,kuasa, n wanita
famly hlg(abu talib ckp jgnla aku d bebankan dgn sst yg aku x mampu)
famly meninggal sbb dakwah(abu talib n khadijah)
tp nabi xstop berdakwah
sbb baginda sgt yakin dgn ape yg die bwk
die buat hnye kerana Allah jd xde ape yg akan stop die melaenkan Allah
cnth:jwpn nabi pd abu talib bile abu talib suruh stop berdakwah
die kate sesungguhnya kalau pon org quraisy letak matahari d tgn kanan n bulan d tgn kiri aku pon
aku xkan stop berdakwah spai aku terkorban krn nya atau spai Allah memenangkannya

jom praktiskan menjadi ibadurrahman yg praktikal

bestnya jadi ibadurrahman kan?
sume benda yang jadik kat mereke yang penuh dngan rasa ibadurrahman akan dilihat sbagi nikmat..
even kesusahan pun dilihat sebagai nikmat..
yang mana bukan semua boleh dpat benda tu
tapi semua orng boleh dapat rasa ibadurrahman tu kalau semua org berusaha...
BERUSAHA UNTUK JADI HAMBA ALLAH YANG MAHA PENYAYANG..


Friday, December 9, 2011

0 Fuel




alhamdulilllah
hari ni saya nak bercerita
cerita pendek
sgt signifcant kepada saya utk hari ni
sy ada group discussion tadi
dan kami berdiskusi ttg projek kami
tiba2
groupmate saya ckp
"it doesn't matter where the fuel station is,
what matters is where the next fuel station located"

bila dgr statement tu
hati dup dap dup dap
ni bukan mat saleh yg cakap
ni Allah yg ckp
boleh teka ke ape yg nak disampaikan? (nada suspens)

kalau kte nak isi minyak,kte akan buat judgement kte nk isi bnyk mana depending the next station jauh lg ke tak
kalau jauh,bnyk la kte isi..kalau dekat,isi sikit pun takpe?
tapi yg paling crucial adalah driver yg x sedar pun kena isi minyak dekat next station
betul x?
pernah x bila kita naik kereta..kita fikir kat mane next fuel station?
biasa bila naik..kita fikir...minyak dah ada...jalan jeeeeee...nanti bila inyak x de...cari petrol pump
betul x?

mcm tu lah kita kat dunia ni
kita hidup je mcm skrg
x fikir pun pasal the next "fuel station"
tgk2
minyak dah kering
kereta x boleh jalan
jasad kaku
nyawa dah x de
astaghfirullah
nauzubillah
takut kan?

dalam dakwah pon
x cukup bekal

tu deeper thought lah kan
sgt takut
bila rasa
saya lah driver yg x pernah fikir kat mana next fuel station
sebab saya dalam comfort zone
rasa minyak banyak
dunia ni saya yg punya
sebab kita jarang letak diri kita sebagai musafir
seorang musafir akan sedar diri
dan buat planning
jika kita betul2 meletakkan Allah sebagai matlamat
kita akan plan towards it
bukan sekadar berangan angan kosong
astaghfirullah

nak share ayat best dgn semua org
Indeed, this is a reminder, so he who wills may take to his Lord a way. (76:29)
 
org yang mengambil peringatan, akan take to his Lord a way
if kita x buat ape2 enuju Allah
astaghfirullah

even nak makan pun kita kena usaha kan?
bukak mulut, kunyah, cari makanan
or even pergi DS
what more nak menuju Allah kan?

sediakan bekalan...
ada sy dan housemates pergi shopping...siap bawa bekal lg...tu bru g shopping sekejap...erm...akhirat ni selama-lamanya...

ni hadis yg nak share dgn semua
Dari Ibnu Umar RA katanya : Apabila kamu berada pada waktu petang, jgnlah menunggu sampai pagi, apabila kamu berada pada waktu pagi pula, jgnlah ditunggu sampai petang. Gunakanlah masa sihatmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk masa matimu.” (Riwayat Bukhari)

masalah biasa kat kolej is procastination kan?
cikgu dah berbuih cakap
ee
tok
ia
studies
dan banyak lagi

Allah dah lama cakap
jgn tangguh
tapi kita tangguh jugakkkkkk
astaghfirullah

ayat yg ckp psl procastinate ??
57:16
76:29
7:179
"ghafilun"
org2 yg lengah
peh.. d xde alasan dh

Thursday, December 8, 2011

0 Jaafar b Abi Talib




hari ni nak share sirah pasal seorang sahabat,,
dia ahli keluarga Rasulullah s.a.w
dia syahid dalam salah satu perang

Jaafar b Abi Talib
anak sulung kpd Abi Talib
abang kepada Ali
beza nya semasa kecil Ali dipelihara oleh Rasullullah
dan dia dipelihara oleh bapa saudaranya Saidina Abbas( sepupu Rasullullah)
antara yang terawal memeluk Islam (selepas Ali memeluk Islam)
setelah dewasa, dia berkahwin dgn Asma bt Umais

Pada suatu hari, dia terdgr perkhabaran ttg umat Islam nak berhijrah ke Habsyah
sbb penentangan terhadap umat Islam di Mekah smakin menjadi-jadi
dia meminta izin Rasulullah utk ikut serta
Rasullulah izinkan lantas dia dan isterinya pun berhijrah ke Habsyah

ok sape nama raja Habsyah ketika itu n apa agama dia?
najasyi and nasrani

Pembesar Quraisy x puas hati lalu menghantar 2 orang utusan
yang bernama Abdullah ibnu Abu Rabiah dan Amru Ibn Al-As
diorang bwk byk hadiah ke Istana raja najasyi
sampai2 je...diorg fitnah org Islam n buruk2kan ajaran Islam
tp raja najasyi ni shrewd n wise n x bias
so baginda pun pggl lah org Islam menghadap
dan masa tu lah Jaafar mnjd juruckp org Islam
bila raja tanya ttg ajaran islam dan keperibadian Rasulullah
ni jawapan Jaafar 
"Kami kenal benar akan keturunannya, kejujurannya, sifat amanah dan kesucian maruahnya.Dia mengajak kami ke arah Allah, mentauhidkan Allah dan menyembah Allah. Lalu kami tinggalkan agama nenek moyang kami. Kami meninggalkan penyembahanbatu dan berhala Dia juga mengarahkan kami utk jujur dlm percakapan menunaikan janji menjaga ikatan persaudaraan berbuat baik kpd jiran ...
 dan ada la lagi..tu sebahagian je la

so apa reaction raja????
raja tertarik n mintak Jaafar share kan wahyu yang Rasullah terima
n surah yang jaafar share ialah surah MARYAM

raja dan pembesar terharu n ada yang smpai menangis
so baginda pun bagi jaminan yang dia akan protect org islam sume skt habsyah
tapi kafir Quraisy x puas hati
diorng menghadap raja utk kali kedua
kali ni diorang fitnah org islam
diorg ckp org Islam ckp nabi Isa tu hamba

tp jaafar jwb dgn tenang
" Nabi kami memberitahu kami bahawa Nabi Isa ialah pesuruh Allah"
 n raja percaya n terima penjelasan tu
jadi org kafir fail for the second time

Selepas hijrah
Rasullah hantar Amru bin Umaiyah jumpe raja
nak ucap terima kasih n jemput org Islam di Habsyah utk pulang ke madinah
akhirnya diorg pulang pada tahun ke 7 hijrah
mse org islam sampai rasullah baru pulang dari perang khaibar
tahu x ape baginda ckp? 
"sy x tahu mana yg lebih menggembirakan, kepulangan Jaafar atau kemenangan tentera islam di Khaibar"
 betapa kasihnya rasulullah terhadap Jaafar

Rasulullah start hantar utusan ke ngr2 Arab selpas Perjanjian Huadaibiyah
masa ni islam dah agak stable
utusan islam turut dihantar kpd raja bani Ghassan tp dibunuh
baginada pun menyiapkan angkatan perang utk berperang
perang mu'tah di Jordan

ok sape panglima perang n pembantu dia?
ada 3 org sume
zaid
jaafar
abdullah ibn rawahah

lps zaid syahid
jaafar sambut panji islam dgn tgn kanan
lps tu tgn dy kena potong dgn pedang musuh dia pgg dgn tgn kiri
pastu kena potong jugak
dia pgg dgn saki baki tgn yg dia ada
[masyaAllah..hebat btul kan]
lpas tu musuh pun bunuh dia
lps tu abdullah pun smbg tugas sbg panglima n turut syahid

jaafar dimakamkan di jordan dan meninggalkan 3 org putera bersama isterinya asma
rasulullah pun pergi ke rumah jaafar lps dpt berita kematiannya
asma sgt sedih smpai satu hari dia berjumpa rasulullah n ckp anak2 dia dah menjadi yatim

n rasulullah bersabda
"Engkau bimbang mereka akan sitimpa kemelaratan bukan?janganlah kamu susah dan bersedih hati. Akulah yang akan menjadi wali mereka di dunia dan di akhirat nanti"
 itulah kisah nya Jaafar b abu Talib
sekian

saje share kisah ni sbb
btp susahnya org masa tu nak practice islam
kita x da halangan pun alhamdulillah

penangan btn
tetiba risau psl masa depan negara
cmne klu islam tu dah x boleh diamalkan mcm sekarang
mcm turki
sbb org islam sendiri bertelagah
(sweat)

hebat lah jaafar.. kita ni, x payah pun pegi jumpe agong ke ape sebab nk stay or nk buat usrah, tp still mls lg.. halangan pnye lah sikit tp kite still nak x nak buat usrah (dan uskab)
kulsem pagi pun kdg2 liat

knp dakwah lambat? sebab penggeraknya mals dan lambat skali, nak baca pun malas, nak korban sikit pun taknak, kena ujian sikit dah mengeluh sakan.. (kepada diri sendiriz, sila sedar!)

Wednesday, December 7, 2011

0 neraka



insyaAllah..arie nie kita tingkatkan pengetahuan tentang akhirat..iA..semmoga dapat tingkatkan iman..boleh semua..?

Umar Bin Al-Khattab menceritakan Jibrail menemui Nabi Muhammad bkn pada saat spt biasa..
Nabi berdiri di hadapan Jibrail dan berkata..
"Wahai Jibrail, saya lihat engkau berubah rona"
Jbrail berkata. "Saya tidak datang kpdmu hingga Allah memerintahan  mendtgkan kunci-kunci neraka."

yg plg nak distresskan ialah..apabila Jibrail menyampaikan sifat jahanam..

"Sesungguhnya Allah memerintahkan neraka Jahanam agr dinyalakan selama SERIBU TAHUN hgg menjd PUTIH...kmdn diperintahkan lg utk dinyalakan selama SERIBU TAHUN hgg mnjd MERAH...
kmdn diperintahkan lg utk dinyalakan selama SERIBU TAHUN hgga mnjd HITAM..
maka ia mnjd HITAM dan KELAM...
lidah apinya TIDAK DAPAT MENERANGI dan baranya TIDAK DAPAT DIPADAMKAN..
tp akhirnya..
Rasulullah s.a.w berkata..
"cukup wahai Jibrail..Jgan sampai sy terkejut shgga mati.."
Rasulullah memandang Jibrail..
"Engkau menangis wahai Jibrail, sdgkan engkau mempny keddkn yg mulia di sisi Allah..?"
Jirail pula berkata..
"bagaimana mungkin saya tidak menangis?saya lbh patut menangis kerana siapa tahu sy akan diuji spt halnya iblis, yg dahulunya termsk drpd malaikat. sy tdk tahu, boleh jd sy di uji spt halnya Harut dan Marut.."
tp akhrnya..Allah berfirman..
mereka dilindungi Allah utk tdk mendurhakaiNya..
oo..ok..nak taw x apa lg Jibrail kata smpkn malaikat yg xpernah buat dosa tue pn menangis..
demi yg mengutusmu dgn kebenaran..
sekiranya SEUKURAN LUBANG JARUM dibukakan dr Jahanam, tentu mati semua penghuni bumi kerana panasnya...
demi yg mengutusmu dgn kebenaran..
sekiranya salah seorang malaikat penjaga neraka menampakkan diri kpd para penghuni bumi, lalu mereka memandangnya...tentu mati semua penghuni bumi kerana rupa wjhnya yg buruk dan bau busuknya..
demi yg mengutusmu dgn kebenaran..
sekiranya SATU MATA RANTAI dr rantai penghuni neraka spt yg dsebutkan Allah di dlm kitabNya diletakkan di atas sbh gunung..tentu gunung itu mnjd BERKEPING-KEPING dan ia tdk akan b'enti hgg ke DASAR BUMI... 
cuba bygkan diri kita..
malaikat yg xpenah wat dosa pn menangis..
nie kan kita yg mmg xpenah terlepas dr wat dosa..
nauzubillah..
sesungghnya Allah xmnjdkn neraka itu sia-sia..

kalaulah kite orang yg beriman,,,,
yg percaya akan balasan akhirat tu... x kan kte (saya) berlengah-lengah

adakah kita menangis saat membaca gmbrn neraka?
iA..Allah menjdkn neraka tue sbg peringatan kpd kita..

77:28-40

selama tu Allah ambik masa utk siapkan neraka, beribu-ribu tahun, mesti org yg masuk dlm tu bukan calang2 jugak Allah pilih. sebab tu la x senang Allah bagi dosa kt hambanya, tp kalau pahala niat pon dh boleh
Rasulullah kata.."layakkah kamu tertawa-tawa, sdgkan di blkg kalian ada neraka jahanam..skrnya kalian mengtahui ap yg sy ketahui, tentu kalian sdkt tertawa dan bnyak menangis....
tentu kalian tidak tertarik kpd makanan dan minuman..
tentu kalian akan naik bkt n berseru memhn p'tlgn kpd Allah.."
 the last word from Allah from our kolsem arie nie..
yg membuatkn sy lg2 terharue sgt3...

Allah kata..
"Wahai Muhammad.. jgnlah kamu membuat hamba-hambaKu putus asa..
PUTUS ASA...kerana Aku mengutusmu utk membr kemudahan dan Aku tidak mengutusmu utk mendtgkan kesulitan...

lalu bgnd bersabda..
beramallah kalian utk mencari kelurusan dan istiqamah..

best xAllah..
Dia kata macam tue..
betapa Dia sgt syangkan hamba-hambaNya..

reference from buku Khutbah Rasulullah..

semoga Allah sentiasa bersama hamba hambanya sentiasa :)

 

Kulsem Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates