Wednesday, December 14, 2011

0 Acheh



Assalamualaikum
Hari ni saya insyaAllah bagi
cerita pasal acheh
ok first thing
alhmdulillah, alhamdulillah,alhamdulillah
dapat bernafas lagi kita hari ini
Allah masih beri peluang untuk jadi hamba Dia
Pada saya, walau seteruk mana pun dosa yang kita buat, Allah tetap tak tarik nikmat dia
Alhamdulillah

Bersyukurlah kita pada hari ni, dan bertaubatlah kita terhadap dosa kita semalam.

saya mulakan cerita dari acheh ok?
hermm.
mana nak mula eh...
okay, kita ikut by hari la eh.

Okay, basically 1st day tu departure day
 so rasanya tak ada apa2 sangat la
sebenarnya, kitorang kat sana duduk kat hotel
so hari pertama tu, check in kat hotel
first time masuk je, FUYOH
besarnya bilik ni..
macam ala-ala hotel berbintang-bintang
lebih daripada yang saya expect
so saya pun fikir la
macam tak rasa membantu orang la sebab kita tak rasa mcm mana kesusahan diorang  ni
so everything has settled on the first day
and then pegi makan and rest.

2nd day:
pegi la panti asuhan nurul huda
dan pandangan yang pertama menyambut kedatangan kami ialah
ada satu tulisan kat dinding dia "Pakailah pakaian yang Islam, kecuali anda bukan Islam"
SENTAP HABIS
lepas tu mula lah kena jumpa dengan bapak and ummi diorang kat panti tu untuk discuss activity yang kitorang akan jalankan
and then kitorang buat opening ceremony
MasyaAllah
waktu tu sebenarnya kami tak kenal lagi adik2 ni macam mana
rupa-rupanya mereka ni memang menjaga
antara laki dgn perempuan
lepas habis tu la..
kami sembang2 dgn ummi tu
nak katanya diorang menjaga ni, sampai kat surau tu, budak perempuan ni tak nak ke depan bila kita ajak mereka ke depan
rasa sangat malu kat situ
sangat... (emo)
lepas habis tu, ummi tu tegur la
kalau bagi diorang, perempuan pakai seluar tu tak boleh
tak manis
mcm haram pun ada gak kat tempat tu
kat panti asuhan tu la
kat situ memang semua orang pakai kain
lepas tu memang sentap habis la
so memang pengajaran yang besar sebenarnya pada hari kedua

3rd day tu
kitorang split
ada yang pegi beli barang
ada yang pegi panti asuhan
saya pegi panti asuhan.
kemas satu bilik ni untuk dijadikan mini library
so dah habis kemas2 tu
saya pun sembang2 dengan budak2 panti
ada banyak masa nak tunggu diorang yang pegi beli barang ni balik.
main game sama2
diorang ni pandai sebenarnya
diorang suka english
diorang pun pergi sekolah jugak
seronok lah.
rasa mcm nak duduk situ sebab diorang ni mcm relax je
tenang je
bila tanya nak jadi apa
semua nak jadi ustazah
waaaaahhhh
and satu lagi memang diorang belajar quran lepas balik dari sekolah
rata-rata kalau tanya
mesti cakap nak jadi ustazah
kalau tanya tak nak ke jadi doktor?
lepas tu diorang cakap benda tu susah la
sebab diorang ni belajar tak tinggi

lepas tu ada banyak masa lagi
so sembang dngan ummi tu
ummi ni dulu dia belajar kar universiti sebelum kahwin dengan pak darmanshah
dia cerita la masa kat universiti tu
[dia tak tau la tujuan hidup dia
asyik berpeleseran je
lepas tu dia kata kat u tak ada perkara yang kearah akhirat
maksudnya kat u banyak la benda2 yang sosial ni
mcm pergaulan bebas
orang tak kesah pon
tu pun cerita before acheh kena tsunami
ummi tu cakap acheh before tsunami macam kat bali
banyak sangat maksiat
so macam ter reflek kat negara sendiri
saya rasa malaysia ni selesa sangat
tak pernah ada sesuatu yang betul2 hit malaysia
but rather Allah bagi sign kat negara orang, sebagai peringatan kat malaysia
saya takut sangat kalaulah kita ni sombong sangat
 Ummi tu sangat hebat la
lepas tsunami tu, dia rasa apa yang dia buat kat u tu useless

lepas tu ummi cakap la, kat panti tu
ada je budak yang tak nak pegi sekolah
nak belajar quran je
in a way, memnglah kita rasa macam tak patut diorang buat macam tu
ummi cakap diorang, once dah dapat ilmu yang straight datang dari Allah,
diorang dah tak nak cari ilmu lain
macam betapa seronoknya diorang belajar quran
diorang banyak menghafal
rasa macam T_____________T
bezanya diorang dengan aku

lepas tu masa sy sembang dengan adik2 ni
saya tanyalah pendapat diorang waktu kitorang punya opening ceremony tu
lepas tu diorang cakap 'macam tu nggak bisa'
T_______________T
kalau diorang ckp dgn laki pun mmg yang penting2 je
makan pun time/tempat beza2
bgusnye, biah solehah tu <3

4th day basically is working day
so mcm takda contact sgt dgn diorang
sy bz buat mini library tu

waktu closing ceremony
ada ustaz kat panti asuhan tu bagi ucapan penutup la kan
rasa macam dengar khutbah jumaat
nak nangis pun ada
T__T
dia ingatkan kita tentang mati
dia kata laa
abang2 kakak2 kita lihat suka berpacaran sekarang
nggak tahu nyawanya bakal dicabut
pergh
sentap gila
lepas tu dia cakap,
‎"Jika jasad dilukai maka insyaAllah ada harapannya untuk sembuh, Jika hati dilukai mana mahu mencari ubatnya." _Tengku Am_
mantap gila

walaupun sekejap
lepas tu memang sedih sgt la nak berpisah dgn adik2 ni
tp mcm ada rasa ikatan tu
ikatan fillah
lepas tu ada seorang adik ni give her brooch to me and say 'saya nggak ada apa2 nak dibagi sama kakak'
T_____T
wuwuwu
lepas tu diorang nangis2

5th day
was sightseeing day
tgk kapal tersadai atas rumah
kapal tersadai kat tengah2 bandar
ingat kilang kat tgh2 bandar
rupanya kapal
betapa besarnya penangan tsunami tu
its about 10 km from pantai
tsunami tolak kapal tu
perghh
tenganga mulut
lepas tu pegi masjid baiturrahman
budak laki solat jumaat
dahsyat la masjid tu
bila ada kat situ, tengok kiri kanan
dulu kan kosong
tapi sekarang semua benda dah ada balik
macam tak boleh nak bayang macam mana kosongnya tempat tu dulu
memang Allah ni Maha Besar la
mksdnye msjid tu x rosak la time tsunami
subhanallah!
mmg kuasa Allah an
kun fayakun!

 lepas tu kalau perjalanan dari hotel ke panti, kitorang akan lalu kubur besar tu
kat situ ada satu replika wave lepas tu dia tulis kun fayakun kat situ
time tsunami kan ada diorang kuburkan org2 yang meninggal kat dalam satu kubur
cuba bayangkan ada 280000 org yang terkorban
mcm mana nak kuburkan?
sebab tu ada kubur besar tu
2 tempat

Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu ayat-ayat yang memberi penerangan, dan contoh-contoh dari orang-orang yang terdahulu sebelum kamu dan pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (24:34)

0 comments:

Post a Comment

 

Kulsem Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates