Thursday, June 21, 2012

0 Patience







Assalamualaikum...
Pertama sekali, jom kita bersukur pada Allah
Alhamdulillah sebab DIA masih bg peluang pada kita utk teruskan hidup pd hari ni.
Suka saya memetik kata2 imam Ghazali,
“Kenapa Allah masih hidupkan aku pada hari ni?”
“Sebab Allah nak bagi peluang padaku untuk bertaubat.”
Jadi kita bersyukur sgt2 sebab masih diberi peluang untuk mencari cinta Allah <3
So, hari ni nak cakap pasal benda yg paling susah kita nak buat.
Saya nak cakap pasal….
Jeng…jeng…jeng
 (drums roll)

Saya nak cakap pasal SABAR.
Susah kan nak sabar?
Jom kita go through Fussilat,
Ape Allah kata?
“Dan (sifat-sifat baik itu) TIDAK AKAN DIANUGERAHKAN kecuali kepada ORANG-ORANG YANG SABAR & TIDAK AKAN DIANUGERAHKAN kecuali kepada ORANG-ORANG YANG MEMPUNYAI KEBERUNTUNGAN BESAR.” (41:35)

Nampak tak?
Teringat kata2 Baz masa kulsem dulu masa dapat ayat ni dari dia.
“Nampak sangat kita ni belum baik lagi. Sebab sabar pun tak mampu nak lepas lagi…”
Tu bukan the exact words… tp lebih kurang mcm tulah Baz kata.
Sangat sentap kannnnnn? T_T

So, ape sebenarnya SABAR ni?
Selalu kan orang kata,
Sabarlah, ni semua dugaan je…
Sabarlah, Allah nak uji sikit je…
Selalu kan kalau tengah break down, orang suruh kita sabar.
Tapi setakat tu je ke sebenarnya definisi sabar ni?

Jom kita tengok ape makna sabar >.<
MAKSUD "SABAR" dalam KONTEKS AMALAN BATIN ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau tekanan jiwa atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau berontak, resah- gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak-selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau tidak diingini.
Mesti tak clear sangat kan?
Takpe2…
Meh, kita bagi clear sikit…

Kalau kita tengok wasiat Rasulullah SAW pada Saidina Ali,
Rasulullah ada kata,
Sabar itu ada 3:-
1) Sabar terhadap musibah dan tidak merasa marah terhadap musibah yang menimpanya sebaliknya dia menerima dengan baik musibah itu.
2) Sabar dalam mengerjakan dan menanggung kesukaran ibadah.
3) Sabar dari maksiat, iaitu meninggalkannya kerja-kerja maksiat .

Makin clear tak definisi sabar ni?
Nampak tak?
Sabar bukan setakat masa terima ujian je.
Tapi SABAR DALAM MENGERJAKAN IBADAH dan juga SABAR MENINGGALKAN MAKSIAT.
Dan SABAR MENINGGALKAN MAKSIAT tu sebenarnya adalah sebaik-baik kesabaran.
Sebab memang susah sangat nak tinggalkan maksiat.
Sebab sekeliling kita ni banyak sangat jahiliyyah.
Macam saya ni, banyak kali je tersungkur, kalah. T_T
Tapi sebab tulah kita ada kawan2 kan?
Ada akhawat2 semua ;)
Kita saling menolong
Sama2 berjuang, mujahadah melawan nafsu J
Dan sama juga dgn sabar dlm mengerjakan ibadah tuh.
Nak2 lagi time cuti ni kan?

Kalau dulu, ada kawan2 nak kejutkan qiam.
Sekarang ni, harap alarm je…
Kalau dulu, ada orang jerit2 solat jemaah, solat awal waktu.
Sekarang ni, harap mak ayah bising baru nak gerak…
Ke macam mana?
Ke semua orang momentum best je?
Dinamik je?
Takde lemau?
Hmmmm, masing2 tahulah diri sendiri mcm mana kan?
Insyaallah ambil masa sekejap,
Kita nilai balik mcm mana dgn kualiti ibadah kita.
Ape yg kita buat hari ni lepas bangun tidur?
Sempat ke solat subuh?
Rawatib buat tak?
Dah baca mathurat tak?

Alang2 tuh,
Jom reflect KUALITI SOLAT kita,
Surah ape yg kita baca masa rakaat pertama lepas Fatihah?
Ape content surah tu?
Ke ngantuk2 solat?
Dah tak ingat surah ape yg kita baca?
Hah? Nampak tak?
Selama ni, sabar ke kita dalam melaksanakan ibadah?
Sabar ke dalam meninggalkan maksiat?

Kalau setakat sabar semasa musibah…
Tu tak payah cerita sangat.
Sebab kenapa?
Sebab tu merupakan benda paling basic pasal soal sabar ni.
Sebab non-muslim pun boleh bersabar masa dalam ditimpa ujian hidup.
Nampak tak?
Kalaulah kita bangga sebab mampu sabar masa ditimpa musibah,
Kesiannya kita..
Sebab tu merupakan level sabar yang paling rendah.
T_T
Sentapppppppp kannnnnnnnnn?

Cakap pasal kesabaran ni,
Saya tertarik dengan kisah Soffiyah binti Abdul Mutallib…
Hah? Kenal tak dia ni?
Kalau ada yg dah kenal dia, Alhamdulillah.
Saya sebenarnya pun baru je berkenalan dengan serikandi Islam ni…
Ish ishhh
Betapa ceteknya ilmu kita kan?
Takpe2..
Kita USAHA lagi okehhhhhh,
Baca buku banyak

Siapa Soffiyah ni?
Sofiyyah merupakan seorang wanita yang mempunyai banyak pertalian dengan Rasulullah SAW,
1) Beliau adalah ibu saudara sebelah ayah Rasulullah SAW,
2) Saudara perempuan kepada Hamzah bin Abdul Mutalib (bapa saudara Rasulullah SAW),
3) Beliau juga merupakan sepupu Rasulullah SAW  sebelah ibu, anak kepada Halah binti Wahab,
4) Dalam masa yang sama beliau adalah biras kepada Baginda SAW  kerana mengahwini Al-Awwam b. Khuwailid.

Wahhhhhh..
Banyak kan?
Tapi yg saya nak tekankan hari ni pertalian Soffiyah dengan Hamzah (yang no 2)

Ceritanya mcm ni,
Latar belakang: PERANG UHUD
Mayat Saidina Hamzah yang syahid itu telah dirobek-robek dengan amat teruk tanpa belas kasihan. Apabila Sofiyyah mengetahui perkara ini, beliau pun ingin melihat jasad saudaranya itu. Pada mulanya Rasulullah SAW. ingin menghalang Sofiyyah daripada melihat tubuh badan Saidina Hamzah, bimbangkan dia akan berasa gerun apabila melihatnya nanti.
Ape soffiyah cakap bila Rasulullah halang dia?
“Berita kematian saudaraku yang mati dalam keadaan tercincang demi membela agama Allah telah sampai kepadaku. Biarlah aku menjenguknya, insyaAllah aku mampu bersabar!",
demikian kata Soffiyah dengan tenang dan sabar.
Ketika Soffiyah sampai di depan jenazah Hamzah saudaranya, beliau berkata,
“Semoga Allah memberikan rahmat kepadamu, wahai ayah Amarah. Semoga Allah mengampunimu. Kita adalah kaum yang biasa menyaksikan kematian dan kesyahidan ... sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kita akan kembali kepada-Nya.”
Hebat tak Soffiyah?
Dia tenang je.
:^) Agak2 nya kalau adik/abang kita kat tempat Saidina Hamzah, ape yg kita buat ye?
Kalau saya, gerun nak fikir.
Takut. Cuak.
Tapi soffiyah ni memang super duper supersaiya lar! \ο/
Soffiyah ni memang berani.

Banyak lagi kisah2 menarik.
Saya plg suka kisah Soffiyah masa Perang Khandak. Kagum sangat dengan semangat dia.
Sangat2 berani nak melawan yahudi yg belot.
Okay, ni sebagai homework, sendiri cari eh. ;)
Ehhh, boleh tak macam ni?
Hehe…

Cari tau..
Insyaallah tak sia2 kita ambil tahu pasal serikandi Islam yg hebat ni. (ninja)
Rasanya, setakat ni jelah sharing saya.
Dah panjang sangat ni.
Sorry tauuuuuu. :S
hmm..ada sape2 nak tambah???

anyway
hari tu kan saya pergi Twins of faith
so ada dgr cerita pasal Soffiyah
Sofiyyah ni
sgt hebat
dia mmg ajar anak2 dia untuk bermain pedang dan menunggang kuda
mmg dia prepare anak2 dia untuk mati syahid dlm perang
x silap, slh sorang anak dia, Zubair al-Awwam kan?
yuppp, ms perang ape, xingat
Soffiyah bg galakan kat zubair utk SYAHID
Hebat kan?

slma nie kita igt kita dh sabar
but we nowhere near now that we know d true definition of sabar :|
Ya Allah
mmg sentaappp habis


0 comments:

Post a Comment

 

Kulsem Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates