Saturday, June 30, 2012

0 PILIHAN


Assalamualaikum
insyaAllah hari ni sy bagi kulsem:)
kita bukak majlis dgn ummul kitab al-fatihah

hari ni sy nak mulakan dgn satu ayat
2:146

 “Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).”


tajuk hari ni ialah PILIHAN
refer dkt ayat atas ni, Allah mention yg org Yahudi dan Nasrani amat mengenali Rasulullah s.a.w - peribadi, fizikal dan akhlak baginda
tp still refuse utk embrace Islam
rugi sgt kan?

so, jgnlah kita termasuk dalam kerugian itu
sbb Rasulullah amat rindukan umatnya yg beriman dgnnya tanpa pernah melihat dirinya
jadi jomlah kita masuk ke dalam islam secara keseluruhan tu sbg tanda syukur sbb Allah berikan kemudahan utk kita dalam agama

kita terus2 lahir dalam Islam kan?
x perlu tempuh halangan yg besar mcm not-yet-muslims (non-muslim)
so bersyukurlah

sy akhiri kulsem ni dgn sepotong ayat yg cukup indah dari Al-quran namun cukup berat

“ Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang- orang yang fasik - derhaka.”


Peringatan utk diri sendiri dan semua
jgn kita tgguh2 lagi utk memilih Islam sbg cara hidup kita
kita selalu doa utk husnul khatimah (pengakhiran yg baik) yakni mati dalam Islam kan?
tp mcm mana nak mati dalam Islam kalau x hidup macam muslim?

wallahualam segala yg baik dtg dari Allah yg kurang baik tu dari kekhilafan diri sy sndiri

0 comments:

Post a Comment

 

Kulsem Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates