Wednesday, July 11, 2012

0 Da'i Yang Pentingkan Diri!





Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang mengeluarkan siang dari malam dan memberi petunjuk. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarga Baginda, para Sahabat, tabi’ tabi’in serta mereka yang mengikuti langkah mereka.

hari tajuk kulsem kita ialah...Da'i Yang Pentingkan Diri Sndiri. Nak mulakan dengan satu lirik lagu Anuar Zain yang bertajuk 'Ketulusan Hati' heheheh (chuckle)


Mencintai-Mu tak mengenal waktu,
Tak mengenal puitis,
Hanya tulusnya hati,
Mencintai-Mu tak mengenal ragu,
Keyakinan hatiku hanya untuk diri-Mu,
Selalu.

Adalah menjadi suatu kepastian bagi setiap manusia di atas muka bumi ini untuk mencari cintanya yang sejati. Fitrah di dalam diri kita ini begitu meyakini akan kewujudan cinta sejati, tetapi siapakah ia?
Sudah cukup sejatikah cinta kita walaupun sesama manusia?

Pencarian cinta sejati ini mampu membuatkan semua manusia menjadi begitu pentingkan diri sendiri. Suami isteri bergaduh adalah kerana salah satu kemahuannya tidak dilengkapkan. Itu untuk diri sendiri. Seseorang berebut-rebut di kaunter tiket bas supaya dapat pulang ke rumah, untuk menziarahi ibu bapa, supaya dengannya ibu bapa redha padanya, lalu ia sendiri berasa tenang dan bahagia. Ini juga adalah untuk kebaikan diri sendiri. Yang berada di baris hadapan mestilah mereka yang telah berusaha awal untuk kejayaan yang ia inginkan – juga untuk diri sendiri.


 Allah telah berfirman, “Fastabiqul khairat” yang bermaksud, “Berlumba-lumbalah dalam membuat kebaikan.


 Umar ra. sentiasa berusaha mendahului Abu Bakar ra. dalam hal bersedekah dan ibadah lain. Ternyata kita tidak boleh mengutamakan orang lain dalam soal ibadah kita. Mesti berebut-rebut untuk mendapat tempat dalam saf hadapan, sama ada saf solat atau saf perjuangan. Di sini, Allah telah menekankan bahawa manusia mesti berusaha untuk diri sendiri. Pahala untuk diri sendiri. Jadi, memang patutlah manusia itu “mementingkan diri sendiri”.


Anehnya, cara mementingkan diri sendiri seorang da’i itu begitu hebat, kerana ia aim akan kepentingan akhirat.Ia ingin berada di tahap tertinggi. Ia ingin berada di kalangan abid yang pertama-tama dapat melihat wajah Allah. Ia begitu mementingkan diri sendiri sehingga ia sanggup berlapar kerana ingin mengenyangkan akh dan ukht nya. Ia  begitu mementingkan diri sehingga ia sanggup mengorbankan jiwa, harta dan masanya demi keluar menyeru manusia kepada Allah.

Ia begitu selfish sehingga sanggup terjun ke dalam lumpur jahiliyyah yang kotor dan busuk demi menarik keluar manusia daripada perhambaan sesama manusia kepada penyembahan Allah semata-mata.

contoh nya...
Abu Bakar ra. begitu pentingkan diri sendiri sehingga sanggup membiarkan dirinya dilukai binatang berbisa demi melindungi Rasulullah s.a.w ketika di dalam gua tsur.
Khadijah ra. memang pentingkan diri sendiri sehingga ia sanggup memberikan semua hartanya ketika umat islam dipulau dan dihalau ke lembah bukit selama tiga tahun.
Al-Bara’ begitu mementingkan diri sendiri sehingga sanggup mencampakkan dirinya di dalam kota musuh demi mencari jalan membuka pintu kota itu lalu ia gugur syahid
Hanzalah ra. juga tidak terlepas daripada mementingkan dirinya apabila ia bangkit menyeru seruan jihad dan tegar meninggalkan isterinya pada malam perkahwinannya lalu akhirnya ia juga gugur syahid.
Abu Dzar ra. begitu mementingkan diri sehingga ia tidak mahu mengangkat wajahnya dari tanah selagi Bilal ra. tidak memijak wajahnya semata-mata kerana ia sesal akan kelancangan lidahnya yang menghina bekas hamba  yang mulia itu.

Matlamat seorang da’i itu begitu unggul, sehingga ia sanggup berkorban apa sahaja demi kepentingan matlamatnya itu. Ia begitu obses akan kehendak dirinya untuk menggapai cinta sejati itu, kerana ia tahu

”Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa.”(At-Taubah : 7)

”Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang menyucikan diri.” (Al-Baqarah : 222)

 Di dalam al-Quran sahaja, kita dapat mengetahui Allah begitu menitikberatkan cinta-Nya kepada hamba-Nya dan cinta hamba-Nya kepada-Nya. Itulah asas dalam setiap permulaan amal manusia.
 jalan keselamatan adalah cinta Allah. Bahkan cinta sejati itu adalah cinta Allah. Semua orang juga begitu mementingkan diri sendiri demi mencapai cinta sejati itu. Jadi apa sahaja yang ilallah (menuju Allah), maka ia rebutkan, termasuklah mendahulukan Allah dari yang selain-Nya, malah mencintai dan mencontohi kekasih Allah sebaiknya, mentaati suami/ibubapa, mencintai saudaranya (lalu itsar), melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar dan berkorban kerana Allah semata-mata.

Realitinya di dalam kehidupan dunia ini, tidak ada yang tidak mementingkan diri sendiri. Yang membezakan di antara manusia ialah di mana martabat sifat itu ia letakkan. Kepentingan sementara semata-mata, atau yang selamanya kekal di akhirat kelak – ilallah atau li dunia yusibuha? (hadith 1)

Cinta seorang da’i sejati kepada Allah mengatasi cintanya kepada segala-galanya!

0 comments:

Post a Comment

 

Kulsem Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates