Thursday, December 13, 2012

0 ALLAH sayang KITA – Surat Cinta DariNya










Salam Alaik. Nak cerita ni, hari tu tengok video Sheikh Tawfique Chowdhury (kak Adha post kat group Ana Muslimah hiks) ustad ni cerita pasal surah ad-dhuha.. first time dengar cerita ni, memang berdebuk kena kat diri sendiri T.T sambil2 tu, bole x buka surah ad-dhuha

Pernah x rasa macam forever alone? Masa tu kita rasa macam tak ada sorang pun yg faham kita. Rasa macam stressss sgt. Kita dah doa banyak2 kat ALLAH, tapi rasa macam ALLAH tak respond pun. Kita dah usaha, tapi ALLAH tak bagi pun apa yg kita nak. Masalah tetap bertimbun, assingment tetap banyak. Lab report tetap tak siap.. isk. Mesti terfikir, ALLAH mesti tak nak tengok aku lagi sebab aku banyak dosa!
Tau tak, Rasulullah pun pernah rasa macam ni.. sebab masa tu baginda tak terima wahyu hampir 6 bulan lamanya! Even dari Jibril atau mimpi. Langsung tak ada. Rasulullah masa tu fikir mesti ALLAH benci baginda atau tak nak baginda jadi Nabi lagi.. ya ALLAH sedihnyaaaa...

Tapi.... ALLAH turunkan surah ad-dhuha. tu surat chenta dari ALLAH utk Rasulullah.. dan utk kita juga :’) ALLAH nak pujuk kita. Dalam masa yg sama ALLAH suruh kita fikir balik... renung2kan balik..

6. Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu?
7. dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
8. dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.

Sebenarnya dah banyak ALLAH bagi kat kita.. banyak ALLAH bagi nikmat yg best2. Kita je x perasan.. ALLAH tak pernah lupa kat kita pun.

4. dan Sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan).
5. dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.

Hari kemudian tu, hari akhirat. in shaa ALLAH kat syorga! Bila kita susah2 dulu kat dunia ni, kita sabar je bila doa kita pending, dannnn kita tak pernah berhenti berharap kat ALLAH, sebenarnya ALLAH sediakan ganjaran dan benda lagi best kat akhirat. ALLAH dah janjikan syorga utk kita…
kalau tengok kat video tu.. "very soon, very soon, ALLAH will reward u with Jannah, ALLAH will give u happiness... very soon.."
Dgn syarat,

11. dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur).

Sweetkanlah ALLAH.. kalau kita tgh down, tgh sedih ke, baca je surah ad-dhuha ni. It would sooth our soul. Biiznillah..


Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=KoqhNz7wD3I

0 comments:

Post a Comment

 

Kulsem Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates