Friday, December 14, 2012

0 Keutamaan Amal







Alkisah pasal 2 org ustaz/ulama; A dan B dan seorang lagi ulama hartawan, C. A and B pergi rumah C.

Fokus kali ini ialah golongan dallin iaitu mereka yg disesatkan seperti dlm surah Al-Fatihah.

"Siapakah golongan ini?" Ustaz A tanya.

Hartawan jawab "x tau".

Ustaz A reply "golongan nasrani. Mereka ini x kan redha dgn umat islam dan sentiasa berusaha menjadikan hidup kita sama dgn hidup mereka. Macam the way of life la, termasuk cara fikir,mkn minum, sosial, etc. Oleh itu, kita kena berbeza dgn golongan dallin ni. golongan sesat ni lah minta dihindarkan dlm al-fatihah.” Si ustaz A harap hartawan faham.
Ustaz A sambung lagi, "apa guna tajwid mahir tanpa faham maksud?" (ok soalan rhetorical)

Ulama hartawan yang tak sedar2 lagi ni dengan excitednya tanya siapa dalam golongan sesat dallin ni?

Ustaz A menjawab dengan penuh makna, "Apa signifikannya kita saling menyalahi? Tak guna salahkan entiti lahiriah kalau musuh dlm diri dibiarkan berleluasa."

Si ulama hartawan ni tanya lagi, "bagaimana syaitan sesatkan kita melalui golongan yg disesatkan?"

Jawapannya; syaitan ialah makhluk kreatif dan inovatif.



 "So, maksudnya kita kena lebih ke hadapan la dari syaitan?"
Ustaz A cakap, " Betul, tapi tak cukup dengan hanya berilmu da bijak. Yang lagi penting ialah ikhlas dalam amalan dan bermujahadah. Maksudya, hati kita perlu takut dgn Allah, baru syaitan takut dgn kita. Kita mesti gigih lawan godaan dan pujukan, baru boleh mengalahkan syaitan. Jangan lupa zikir kerana boleh terhindar dari tipu daya syaitan. Masakan Nabi Adam pun berjaya diperdayakan."

Ulama hartawan ni nak contoh kisah baru sebab menurutnya, kisah nabi Adam ialah kisah dahulu.

"Cerita terdahulu dan baharu sama sahaja. Yang lemah, syaitan menghalangnya berbuat baik. Yang hendak berbuat baik, syaitan bisikkan supaya melakukan amal yg kurang baik atau kurang utama, seperti yang kita dapat lihat dalam situasi org kaya dengan ibadah menginfakkan hartanya. Malangnya dalam situasi ni, sesetengah orang kaya begitu kedekut dgn amal yang  menjejaskan hartanya. Contohnya: Orang2 kaya ni banyak solat sunat. AMALAN NI TAK SALAH tapi lagi utama hartawan sebagai seorang yang mempunyai harta yang melimpah ruah utk menginfakkan hartanya. Begitu juga dengan orang jahil, lebih perlu byk belajar daripada ibadat lain"

Kata ustaz A lagi, " Syaitan kadang2 sibuk betulkan kita dalam hal yang remeh & meninggalkan kesalahan yg lebih besar."
Contoh terakhir ustaz A ni, "Kalau kita dapat saman, apa kita buat? Mesti terus bayarkan? Takkan nak tengok vocab dia pulak. Tu bazir masa and x bijak namanya. Macam pembacaan al-Quran jugak, jangan diluangkan terlalu lama dengan tajwidnya, segerakan pemahaman dan pengamalannya"


 Ibrah : Fokus kepada ibadat yg utama dan perbaikinya ke arah kesempurnaan. Janganlah pula kita berlengah/argue dgn perkara cabang yg remeh.

0 comments:

Post a Comment

 

Kulsem Copyright © 2011 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates